Sunday, 3 November 2013

Dia budak Halal (Part 2) - Saat Mimpi Menjadi Nyata

Dear friends, this is the second part of the story... Read it and you will be flooded with tears...
_____________________________
Disember 2012
Penemuan dalam penyelidikannya meraih Silver dalam salah satu pertandingan kebangsaan yang disertai. Bukanlah itu yang dicari. namun cemburu akan kejayaan ‘world’ rakan-rakan sedikit sebanyak membuat dia rasa tercabar! Tetapi Allah bersama-sama orang yang sabar. Asal ada usaha. InshaAllah.
mimpi menjadi nyata.  
Februari 2013
Emel yang satu itu telah memberi keterujaan melampau.
MashaAllah Congratulations! Your paper has been accepted with minor revision.- My co-supervisor.
Dia terlalu berterima kasih akan tunjuk ajar dan kesabaran penyelianya ini. Seboleh habis penyelia itu membentuk jiwa penyelidik dalam diri dia. Biar marah biar lelah. Penyelidik itu tetap ikhlas dan bersedia membantu. Terima kasih, Dr.! Moga Allah memberi rahmat tidak berbelah bagi padamu. 
Julai 2013
Publication tersenarai dalam Indeks Scopus.
Ini mimpi menjadi nyata.
Biarpun segalanya hanya memenuhi minimum requirement seorang pelajar di sini, dia bersyukur. Lama dia mendamba saat ini. bukan senang. Saat semua orang berbondong-bondong meraih ilmu, publications dan awards dan recognition. dia bertatih. biar lambat. biar tahu. biar faham. kejayaan itu memang butuh pengorbanan. butuh kesungguhan. ghairah. disiplin dan cinta. niat dipasakkan.ultimate. demi apa? 
Kerana jalan cerita itu yang penting. Bagaimana mengolah. meggarap. pengakhirannya akan sentiasa sahaja baik2 inshaAllah. Kerana itu janji Allah untuk umat Rasulullah saw yang berusaha dan beriman (walau tidak pantas dia mengaku beriman).
Percayalah. Allah itu maha adil dan maha mengasihani. maha penyayang. pegang itu!
"dan nikmat Tuhan yang mana mahu kau dustakan?"
11 Julai 2013 (2 Ramadhan 1434h)
Saat dinanti telah tiba.
viva voce. 
hampir 3 jam berpresentasi. MashaAllah! gejolak di dada dan perut hanya Allah yang tahu. Puas menelaah. berkeringat. Pengalaman dalam bilik itu, unik.unpredictable. Biarlah masing-masing dengan pengalaman masing-masing. 
Prof. Pengerusi memberi kata putus.
Dia lulus. with major modifications.
Alhamdulillah! Di situ jua air mata kegembiraan tumpah. Benarlah. manisnya kejayaan itu pabila benar-benar rasa. terhimpit. sesak. kelam. Barulah bererti. 
Sujud syukur menemani dia. terus.   
berkat Ramadhan.
saat mimpi menjadi nyata.
27 September 2013
Senate has approved. Jujur. setiap kali dia rasakan sudah tamat kerja-kerja koreksi major yang perlu diselesaikan post viva, terasa semakin jauh daripada garis penamat episod ini. Prosedur harus dilalui. Saban kali dia berdoa supaya dipinjami kekuatan untuk menghabiskan yang sudah dimulakan. Sikit lagi. namun sungguh terasa jauh! overhaul thesis, mendapatkan approval daripada 3 pemeriksa thesis, membuat hardbound, juggled between work and last kopek thesis works. Mencabar! emosi. mental. fizikal. sungguh! Kadangkala jika terlampau fikir, memang tak kemana. sudahnya dia hadap sahaja. mengikut arus. akhirnya, baby thesis ke duanya lahir.
mimpi menjadi nyata. 
27 Oktober 2013
"Akak ingat lagi awak cakap awak nak submit jugak thesis and nak convo juga tahun ni,”
Alhamdulillah! 
"Boleh kah kau buat ni? Dulu pon harap kami bacakan nota"
Alhamdulillah!
Hari itu,
Dengan cukup confident dia tampil di pentas sambil gembira sekali menerima pentauliahan tersebut. 
Ini semua mimpi. Mimpi menjadi nyata! 
Bermimpilah kawan-kawan! 
now what??
GS27772
____________________

Dia budak Halal (Part 1) - Misteri Takdir

I really want to share this amazing story as a postgraduate...(But it is in Bahasa Malaysia-Sorry my foreigner friends). Enjoy!
____________________________


"Bukankah tidak asyik kalau kita tahu takdir kita? Saat masa depan tersibak, bukankah lalu motivasi kita kehilangan arti? Semangat tak menyengat, dan ikhtiyar termatikan? Kerana takdir adalah misteri, tugas kita adalah mencitakan dan merencanakan."
-Salim A. Fillah
Julai 2010.
Dia mendaftar di Institusi itu.
Jiwa tidak berbelah bagi. Research proposal dikerah sementelah di kala dia masih kalut dengan theses undergrad nya. Semua kerana Allah menggerakkan hatinya untuk ke UPM’s postgrad exhibition itu. Tidak semena-mena diterima merencana lagi kehidupan di skop akademia yang dia sendiri tidak tahu akan pasang surutnya.
Minat. itulah tunjangnya.
Mentah, tetapi curious.
Semata-mata mahu melihat bagaimana Sains dan Religi Islam itu disatukan. disulam. diintegrasi. sinergi.
Mahu mencontohi Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, atau Ibnu Battuta, mungkin?
Merencana kira-kira terbitnya Al-Naqiy, seorang lagi saintis Islami.. (Berangan)
Melihat bagaimana mengaplikasi sains dengan Al-Quran nan agung.
kerana sememangnya iman dan ilmu itu satu. tidak mungkin dipisahkan… 
Berjalanlah dia di sebuah lagi episod kehidupan, penuntut ilmu yang biasa-biasa. Jauh sekali sifatnya daripada ilmuwan-ilmuwan Islam yang lain.
Haus tapi tak gagah berjalan
tidak tahu tapi tak gagah mencari
tidak faham tapi tak betah bertanya
cetek tapi menggali jauh sekali
cengeng, mudah putus asa 
malas, tunggu disuap, procrastinator
bodoh, sombong dan berlagak tahu
namun.
Bersemangat dan confident!
cukupkah?
lalu di mana barkahnya?
di mana ruh amal dan ilmunya?
Dia beruntung. cukup cukup beruntung.
Allah sediakan komuniti keliling yang kuat! Yang tidak betah melihat dia hanyut dalam angan-angan sahaja. guru-gurunya, hebat. bersedia menegur dan mendidik mindanya agar fokus dan kejap. Menjadi penyuluh yang tidak pernah berputus asa melayan kerenahnya yang itu.
Teman-teman yang sungguh mantap tahap moral dan sokongannya. Tidak sekali-kali meninggalkannya saat dia rebah dan dan jatuh ke jurang terdalam bak Mariana. Pemapah tegar yang cukup ampuh berdiri melontar kata-kata nasihat dan menyedarkannya ke alam nyata.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai," Al-Quran 7:179.
Master of Science in Halal Products Science (with thesis)
Salah seorang Profesor berkata:
Sebagai pelajar dan penyelidik di sini, anda akan melalui satu cycle.
Membuat research- membuat publication- berkongsi penyelidikan-reward
Di akhir itu, anda tahu, anda berhasil seorang pelajar penyelidikan. Interpretasi mungkin berbeda-beda. Tapi dia cuba dalami fahami maksud Prof. itu.
Tidak mudah. cukup menyiksakan untuk penyelidikan saintifik pilihan hati nurani ini. Tajuk thesis sahaja sudah beberapa kali bertukar. Instrumen-instrumen canggih jutaan ringgit yang digunakan tidak pernah termimpi untuk dia kemudikan. Segala kromatogram yang terhasil tidak pernah termimpi dapat dianalisiskan. Semuanya rumit. baru. Menuntut kefahaman dan kesabaran serta fokus yang tinggi. Determination. Tidak kira lagi sampling menuntutnya bergelumang sampel-sampel haram (lemak babi) setiap hari. Writing. Publications. Letih. Jika difikirkan tidak tercapai dek akal bagaimana boleh tegar menghadapnya. Ditambah dengan pelbagai assignment yang turut menuntu perhatiannya. Serta tugas lab demonstrator untuk para pelajar undergrad. Namun dia cukup senang dengan kerja-kerja tersebut. Dicuba sehabis baik dan seboleh mungkin mangajar diri melihat dari sudut positif. Segala kekuatan dan ketabahan itu milik Allah. Mungkin dalam salah satu doa-doa dia yang penuh dosa itu, yang langsung tidak layak meminta apa-apa dari PenciptaNya itu, Allah kasihan. Allah pinjamkan kudrat dan iradatNya.
"Berdoalah padaKu, nescaya Aku kabulkan," 
Lalu lebih sedar lah dia akan hukum alami. Usahanya lebih kuat. tidak mengenal lelah. Deraian air mata tak usah di sebut. Sambil bereksperimen sambil menangis. Kejayaan eksperimen pula hanya 1 dalam 100. Kerana kita mencari. Untuk mengangkat satu kaedah bagi kegunaan masa hadapan. Sambil menulisthesis dan papers sambil pipi basah. Pabila dirasakan hasil penulisan saintifiknya itu sudah cukup mapan dan berinformasi, namun bila sampai kepada penilai, hanya dipandang sepi. Mula semula. Semua dilaluinya. Biarlah menjadi penghapus dosa-dosa yang tak terlupus itu. Demi ilmu. Discoveries. untuk ummah inshaAllah. Biarlah sebesar zarah cuma kesannya. Dia puas dapat memerah kudrat dan otaknya. biarlah hanya sebesar zarah jua dapat mencontohi semua ilmuwan Islam tersohor. Dia bahagia merasai penat jerih mencari ilmu. Terasa kerdil sekali. Di situlah dia mengenal erti berdiri di atas kaki sendiri. Tiada lagi teman-teman pembaca nota untuknya kerana kemalasan hakiki seperti di zaman undergrad.. Semuanya terpikul di bahu sendiri. tanggungjawab. waktu itu dia pelajari subjek self accountability.
Oktober 2012
Musim haji tahun itu, dia habisi penulisan thesis terakhirnya. Kemudian dia bertawakal. Ya Allah, ku serahkan segala usaha ku ini padaMu. Hanya Engkau yang tahu terbaik buatku. 
Sementara menunggu viva voce, dia berkhidmat di Institut itu dengan mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehinya 2 tahun setengah di sana sambil mencedok pelbagai ilmu-ilmu pengurusan dan pentadbiran yang lain. Cukup menghiburkan dan mencabar! Dia berterima kasih tidak terhingga kepada penyelianya yang memberi seluruh kepercayaan mengemudi salah satu cabang dinamik di Institut tersebut. 
Bermimpilah! Mimpi nan indah-indah!
Bersambung…

___________________________________

Wednesday, 23 October 2013

Makanan dan Ubatan: Penggunaan Unsur babi/khinzir dan alternatifnya (Part II)

Oleh: Nur Azira Tukiran

































Dalam siri III nanti, contoh-contoh penggunaan khinzir dan alternatifnya akan di beri dengan lebih lanjut. Mohon sabar menunggu ya!

Tuesday, 23 July 2013

Makanan dan Ubatan: Penggunaan Unsur babi/khinzir dan alternatifnya (Part I)

Oleh: Nur Azira Tukiran

Assalamualaikum,
Sekadar ingin berkongsi maklumat yang telah dibentang tahun lepas. Semoga semua beroleh manfaat.





















Nantikan Bahagian dua dan tiga yang akan menyusul kemudian.

Stay tuned!!

Tuesday, 16 July 2013

AWAS: BERHATI-HATI MEMILIH BUFET BERBUKA PUASA


oleh: Siti Aisyah Mohd Bakhori


Budaya makan di luar semakin ketara apabila tibanya bulan Ramadhan. Iklan bufet berbuka puasa atau dahulunya dikenali sebagai bufet ramadhan banyak ditawarkan oleh premis-premis makanan terutamanya  hotel-hotel dan restoran. Tawaran-tawaran yang mengujakan ini amat mudah diakses melalui internet terutamanya melalui perkhidmatan KUPON ELEKTRONIK (online coupon). Hal ini menyebabkan berlaku lambakan tawaran bufet berbuka puasa oleh premis-premis makanan yang berlumba-lumba mengaut KEUNTUNGAN pada bulan Ramadhan ini.  Dengan tawaran makanan yang pelbagai dan harga yang berpatutan, sedikit sebanyak akan mendorong keinginan masyarakat Islam di kawasan bandar terutamanya untuk merasai dan mengalami sendiri bufet berbuka puasa tersebut. Tawaran berkenaan nampak ekslusif  apabila bufet berbuka puasa ditawarkan oleh hotel bertaraf lima bintang dan restoran-restoran yang terkenal. Maka, ramai yang tertarik dan ingin menikmati keenakan makanan yang dihidangkan sebagai juadah istimewa semasa berbuka puasa.

Namun, adakah anda sedar bahawa premis-premis makanan tersebut telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau tidak? Atau sebenarnya anda tidak kisah menjamu selera di premis-premis yang diragui kehalalannya?

Masalah ini telah menjadi polemik pada tahun 2010 apabila pihak JAKIM telah mengenalpasti ada hotel-hotel yang tidak berstatus halal telah menyediakan buffet ramadhan. Impaknya disini ialah wujud kekeliruan masyarakat terhadap makanan yang disediakan adakah ianya halal atau tidak.

Berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 20 Ogos 2010, pihak JAKIM telah melakukan pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan ‘Bufet Ramadhan’ pada 10 hari pertama bulan Ramadhan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri. Hotel-hotel yang terlibat adalah bertaraf 5, 4 dan 3 bintang. Hasil pemeriksaan mendapati 34 buah hotel berkenaan telah menggunakan istilah Bufet Ramadhan manakala 24 buah hotel telah menggunakan bahan-bahan yang diragui halal.

Pada tahun-tahun sebelum ini, isu penggunaan istilah bufet Ramadhan telah menimbulkan kontroversi apabila diguna pakai oleh premis yang tidak diiktiraf halal oleh pihak JAKIM yang mana istilah berkenaan telah melanggar Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

Mengikut Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, adalah menjadi satu kesalahan kepada premis-premis yang tidak berstatus halal menggunakan istilah ‘Bufet Ramadhan’. Ini kerana ungkapan berkenaan boleh memperdaya atau menggelirukan orang awam bahawa makanan atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam. Sebaliknya, istilah bufet Ramadhan dibenarkan untuk digunakan oleh premis makanan yang telah mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM.

Namun kini istilah bufet ramadahan telah digantikan dengan istilah bufet berbuka puasa yang nampak seperti tidak menyalahi APD 2011. Tetapi masalah yang sama harus dinilai semula iaitu adakah makanan yang dihidangkan itu halal, tidak halal atau shubhah (mengandungi bahan-bahan yang diragui halal). Jika dibuat penilaian yang teliti, premis-premis makanan terbabit masih belum mendapat sijil pengiktirafan halal JAKIM.

                                                     
Contoh iklan yang  menawarkan bufet berbuka puasa. Perhatikan pada iklan ada tertera PORK-FREE. Ini mencetuskan keraguan terhadap makanan yang dihidangkan.
             


Dalam konteks perbincangan ini, makanan yang tidak halal bukan bererti hanya memakan daging khinzir atau makanan larangan lain seperti yang dinyatakan di dalam Al-quran tetapi  cara  penyediaan makanan, peralatan memasak dan aspek kebersihan (toyyib) haruslah diambil kira.  Contoh yang mudah adalah seperti masakan yang ditambah ‘wine’ (biasanya wine vinegar atau cuka arak)   sebagai penambah perisa (dalam penyediaan steak, masakan cina dan masakan Jepun) adalah haram kerana wine/arak adalah najis. Walaupun dikatakan wine akan meruap semasa memasak, namun secara saintifiknya residu-residu wine masih lagi tertinggal di dalam makanan. Contoh-contoh lain adalah seperti penggunaan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada ‘fine bone China’ (e-fatwa.gov.my), penggunaan berus pastri yang dikhutiri berusnya daripada bulu babi atau simpanan bahan mentah di dalam peti sejuk beku yang bercampur dengan bahan mentah yang tidak halal.

Sebagai umat Islam, faktor pemakanan yang halal dan toyyib harus dititik beratkan kerana daripada makanan akan terbentuk sahsiah dan perilaku diri seorang Muslim. Kecanggihan teknologi maklumat memudahkan kita untuk memilih premis-premis yang menawarkan makanan yang halal. Lantaran itu, tiada alasan untuk kita tidak mengendahkannya semata-mata mengikut nafsu lapar hingga mengenepikan hal yang lebih fardhu iaitu memakan makanan halal.


Sewajarnya pertimbangan yang amat teliti perlu diambil kira sebelum menikmati hidangan bufet berbuka puasa supaya Ramadhan yang mulia tidak dicemari dengan memakan makanan yang tidak ‘bersih’ dan puasa yang dijalani menjadi sia-sia. Ini kerana penipuan secara tersembunyi dikhuatiri akan menyebabkan defisit kepada iman dan takwa umat Islam pada hari ini.

Monday, 15 July 2013

Is it too ‘good’ to be true? Now, I should think so.

By: Nurul Hawa Ahmad



The head news caught my eyes as I was scrolling down my laptop’s monitor to collect some literature for my presentation. I spent several minutes to understand how yogurt has anything to do with leather shoes. I answered myself when I read this:

The shoe scare, which alleged that leather was used to make jelly and yogurt, was never proven, but plenty of very real worries rattle China's people every time they shop at a market or eat in a restaurant. The lure of even razor-thin margins has profiteers using chemicals to make everything from eggs to pig's ears” (USA Today, 2012).
This means China has a huge battle concerning food safety in which money-driven people will do anything to ‘create’ everything they want without realizing they lay consumer’s health at risk. Perhaps, consumer can be one of their family members too. So, I put my best foot forward to comprehend those figures as below:








Basically, the used leatherwear was collected and processed to extract the gelatin (cost-free I guess). This gelatin is mainly used for industrial purposes however several irresponsible manufactures chose to intentionally insert this gelatin in food products such as yogurt. I see now with a little bit intention to throw out but I sat still. I squeezed my forehead and my right eye and monologue, “How could they?” Here’s another mesmerizing input.

Industrial gelatin is made of used leatherwear and is hazardous to human health because it contains heavy metal, (Nanfang Daily, 2009).

Although it is very few incident of leatherwear-yogurt has been reported in China, the possibility of the occurrence is rather high when analyzing this formula.

Here's the math. The price of carrageenan is twice of that for gelatin. However, to  keep the same stickness of the product, jelly makers have to use double amount of gelatin compared with carrageenan (CNC, 2012).

Personal thought: Not blame the gelatin, blame the people. This can happen in China or anywhere in the world including Malaysia. Allah has provides a clear guidance to follow but human make it too complicated to understand.