Sunday 3 November 2013

Dia budak Halal (Part 1) - Misteri Takdir

I really want to share this amazing story as a postgraduate...(But it is in Bahasa Malaysia-Sorry my foreigner friends). Enjoy!
____________________________


"Bukankah tidak asyik kalau kita tahu takdir kita? Saat masa depan tersibak, bukankah lalu motivasi kita kehilangan arti? Semangat tak menyengat, dan ikhtiyar termatikan? Kerana takdir adalah misteri, tugas kita adalah mencitakan dan merencanakan."
-Salim A. Fillah
Julai 2010.
Dia mendaftar di Institusi itu.
Jiwa tidak berbelah bagi. Research proposal dikerah sementelah di kala dia masih kalut dengan theses undergrad nya. Semua kerana Allah menggerakkan hatinya untuk ke UPM’s postgrad exhibition itu. Tidak semena-mena diterima merencana lagi kehidupan di skop akademia yang dia sendiri tidak tahu akan pasang surutnya.
Minat. itulah tunjangnya.
Mentah, tetapi curious.
Semata-mata mahu melihat bagaimana Sains dan Religi Islam itu disatukan. disulam. diintegrasi. sinergi.
Mahu mencontohi Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, atau Ibnu Battuta, mungkin?
Merencana kira-kira terbitnya Al-Naqiy, seorang lagi saintis Islami.. (Berangan)
Melihat bagaimana mengaplikasi sains dengan Al-Quran nan agung.
kerana sememangnya iman dan ilmu itu satu. tidak mungkin dipisahkan… 
Berjalanlah dia di sebuah lagi episod kehidupan, penuntut ilmu yang biasa-biasa. Jauh sekali sifatnya daripada ilmuwan-ilmuwan Islam yang lain.
Haus tapi tak gagah berjalan
tidak tahu tapi tak gagah mencari
tidak faham tapi tak betah bertanya
cetek tapi menggali jauh sekali
cengeng, mudah putus asa 
malas, tunggu disuap, procrastinator
bodoh, sombong dan berlagak tahu
namun.
Bersemangat dan confident!
cukupkah?
lalu di mana barkahnya?
di mana ruh amal dan ilmunya?
Dia beruntung. cukup cukup beruntung.
Allah sediakan komuniti keliling yang kuat! Yang tidak betah melihat dia hanyut dalam angan-angan sahaja. guru-gurunya, hebat. bersedia menegur dan mendidik mindanya agar fokus dan kejap. Menjadi penyuluh yang tidak pernah berputus asa melayan kerenahnya yang itu.
Teman-teman yang sungguh mantap tahap moral dan sokongannya. Tidak sekali-kali meninggalkannya saat dia rebah dan dan jatuh ke jurang terdalam bak Mariana. Pemapah tegar yang cukup ampuh berdiri melontar kata-kata nasihat dan menyedarkannya ke alam nyata.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai," Al-Quran 7:179.
Master of Science in Halal Products Science (with thesis)
Salah seorang Profesor berkata:
Sebagai pelajar dan penyelidik di sini, anda akan melalui satu cycle.
Membuat research- membuat publication- berkongsi penyelidikan-reward
Di akhir itu, anda tahu, anda berhasil seorang pelajar penyelidikan. Interpretasi mungkin berbeda-beda. Tapi dia cuba dalami fahami maksud Prof. itu.
Tidak mudah. cukup menyiksakan untuk penyelidikan saintifik pilihan hati nurani ini. Tajuk thesis sahaja sudah beberapa kali bertukar. Instrumen-instrumen canggih jutaan ringgit yang digunakan tidak pernah termimpi untuk dia kemudikan. Segala kromatogram yang terhasil tidak pernah termimpi dapat dianalisiskan. Semuanya rumit. baru. Menuntut kefahaman dan kesabaran serta fokus yang tinggi. Determination. Tidak kira lagi sampling menuntutnya bergelumang sampel-sampel haram (lemak babi) setiap hari. Writing. Publications. Letih. Jika difikirkan tidak tercapai dek akal bagaimana boleh tegar menghadapnya. Ditambah dengan pelbagai assignment yang turut menuntu perhatiannya. Serta tugas lab demonstrator untuk para pelajar undergrad. Namun dia cukup senang dengan kerja-kerja tersebut. Dicuba sehabis baik dan seboleh mungkin mangajar diri melihat dari sudut positif. Segala kekuatan dan ketabahan itu milik Allah. Mungkin dalam salah satu doa-doa dia yang penuh dosa itu, yang langsung tidak layak meminta apa-apa dari PenciptaNya itu, Allah kasihan. Allah pinjamkan kudrat dan iradatNya.
"Berdoalah padaKu, nescaya Aku kabulkan," 
Lalu lebih sedar lah dia akan hukum alami. Usahanya lebih kuat. tidak mengenal lelah. Deraian air mata tak usah di sebut. Sambil bereksperimen sambil menangis. Kejayaan eksperimen pula hanya 1 dalam 100. Kerana kita mencari. Untuk mengangkat satu kaedah bagi kegunaan masa hadapan. Sambil menulisthesis dan papers sambil pipi basah. Pabila dirasakan hasil penulisan saintifiknya itu sudah cukup mapan dan berinformasi, namun bila sampai kepada penilai, hanya dipandang sepi. Mula semula. Semua dilaluinya. Biarlah menjadi penghapus dosa-dosa yang tak terlupus itu. Demi ilmu. Discoveries. untuk ummah inshaAllah. Biarlah sebesar zarah cuma kesannya. Dia puas dapat memerah kudrat dan otaknya. biarlah hanya sebesar zarah jua dapat mencontohi semua ilmuwan Islam tersohor. Dia bahagia merasai penat jerih mencari ilmu. Terasa kerdil sekali. Di situlah dia mengenal erti berdiri di atas kaki sendiri. Tiada lagi teman-teman pembaca nota untuknya kerana kemalasan hakiki seperti di zaman undergrad.. Semuanya terpikul di bahu sendiri. tanggungjawab. waktu itu dia pelajari subjek self accountability.
Oktober 2012
Musim haji tahun itu, dia habisi penulisan thesis terakhirnya. Kemudian dia bertawakal. Ya Allah, ku serahkan segala usaha ku ini padaMu. Hanya Engkau yang tahu terbaik buatku. 
Sementara menunggu viva voce, dia berkhidmat di Institut itu dengan mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehinya 2 tahun setengah di sana sambil mencedok pelbagai ilmu-ilmu pengurusan dan pentadbiran yang lain. Cukup menghiburkan dan mencabar! Dia berterima kasih tidak terhingga kepada penyelianya yang memberi seluruh kepercayaan mengemudi salah satu cabang dinamik di Institut tersebut. 
Bermimpilah! Mimpi nan indah-indah!
Bersambung…

___________________________________

1 comment: