Dear friends, this is the second part of the story... Read it and you will be flooded with tears...
_____________________________
Disember 2012
Penemuan dalam penyelidikannya meraih Silver dalam salah satu pertandingan kebangsaan yang disertai. Bukanlah itu yang dicari. namun cemburu akan kejayaan ‘world’ rakan-rakan sedikit sebanyak membuat dia rasa tercabar! Tetapi Allah bersama-sama orang yang sabar. Asal ada usaha. InshaAllah.
mimpi menjadi nyata.
Februari 2013
Emel yang satu itu telah memberi keterujaan melampau.
MashaAllah Congratulations! Your paper has been accepted with minor revision.- My co-supervisor.
Dia terlalu berterima kasih akan tunjuk ajar dan kesabaran penyelianya ini. Seboleh habis penyelia itu membentuk jiwa penyelidik dalam diri dia. Biar marah biar lelah. Penyelidik itu tetap ikhlas dan bersedia membantu. Terima kasih, Dr.! Moga Allah memberi rahmat tidak berbelah bagi padamu.
Julai 2013
Publication tersenarai dalam Indeks Scopus.
Ini mimpi menjadi nyata.
Biarpun segalanya hanya memenuhi minimum requirement seorang pelajar di sini, dia bersyukur. Lama dia mendamba saat ini. bukan senang. Saat semua orang berbondong-bondong meraih ilmu, publications dan awards dan recognition. dia bertatih. biar lambat. biar tahu. biar faham. kejayaan itu memang butuh pengorbanan. butuh kesungguhan. ghairah. disiplin dan cinta. niat dipasakkan.ultimate. demi apa?
Kerana jalan cerita itu yang penting. Bagaimana mengolah. meggarap. pengakhirannya akan sentiasa sahaja baik2 inshaAllah. Kerana itu janji Allah untuk umat Rasulullah saw yang berusaha dan beriman (walau tidak pantas dia mengaku beriman).
Percayalah. Allah itu maha adil dan maha mengasihani. maha penyayang. pegang itu!
"dan nikmat Tuhan yang mana mahu kau dustakan?"
11 Julai 2013 (2 Ramadhan 1434h)
Saat dinanti telah tiba.
viva voce.
hampir 3 jam berpresentasi. MashaAllah! gejolak di dada dan perut hanya Allah yang tahu. Puas menelaah. berkeringat. Pengalaman dalam bilik itu, unik.unpredictable. Biarlah masing-masing dengan pengalaman masing-masing.
Prof. Pengerusi memberi kata putus.
Dia lulus. with major modifications.
Alhamdulillah! Di situ jua air mata kegembiraan tumpah. Benarlah. manisnya kejayaan itu pabila benar-benar rasa. terhimpit. sesak. kelam. Barulah bererti.
Sujud syukur menemani dia. terus.
berkat Ramadhan.
saat mimpi menjadi nyata.
27 September 2013
Senate has approved. Jujur. setiap kali dia rasakan sudah tamat kerja-kerja koreksi major yang perlu diselesaikan post viva, terasa semakin jauh daripada garis penamat episod ini. Prosedur harus dilalui. Saban kali dia berdoa supaya dipinjami kekuatan untuk menghabiskan yang sudah dimulakan. Sikit lagi. namun sungguh terasa jauh! overhaul thesis, mendapatkan approval daripada 3 pemeriksa thesis, membuat hardbound, juggled between work and last kopek thesis works. Mencabar! emosi. mental. fizikal. sungguh! Kadangkala jika terlampau fikir, memang tak kemana. sudahnya dia hadap sahaja. mengikut arus. akhirnya, baby thesis ke duanya lahir.
mimpi menjadi nyata.
27 Oktober 2013
"Akak ingat lagi awak cakap awak nak submit jugak thesis and nak convo juga tahun ni,”
Alhamdulillah!
"Boleh kah kau buat ni? Dulu pon harap kami bacakan nota"
Alhamdulillah!
Hari itu,
Dengan cukup confident dia tampil di pentas sambil gembira sekali menerima pentauliahan tersebut.
Ini semua mimpi. Mimpi menjadi nyata!
Bermimpilah kawan-kawan!
now what??
GS27772
____________________