Wednesday, 23 October 2013
Makanan dan Ubatan: Penggunaan Unsur babi/khinzir dan alternatifnya (Part II)
Tuesday, 23 July 2013
Makanan dan Ubatan: Penggunaan Unsur babi/khinzir dan alternatifnya (Part I)
Oleh: Nur Azira Tukiran
Assalamualaikum,Sekadar ingin berkongsi maklumat yang telah dibentang tahun lepas. Semoga semua beroleh manfaat.
Nantikan Bahagian dua dan tiga yang akan menyusul kemudian.
Stay tuned!!
Tuesday, 16 July 2013
AWAS: BERHATI-HATI MEMILIH BUFET BERBUKA PUASA
oleh: Siti Aisyah Mohd
Bakhori
Budaya
makan di luar semakin ketara apabila tibanya bulan Ramadhan. Iklan bufet
berbuka puasa atau dahulunya dikenali sebagai bufet ramadhan banyak ditawarkan
oleh premis-premis makanan terutamanya
hotel-hotel dan restoran. Tawaran-tawaran yang mengujakan ini amat mudah
diakses melalui internet terutamanya melalui perkhidmatan KUPON ELEKTRONIK (online
coupon). Hal ini menyebabkan berlaku lambakan tawaran bufet berbuka puasa oleh
premis-premis makanan yang berlumba-lumba mengaut KEUNTUNGAN pada bulan
Ramadhan ini. Dengan tawaran makanan
yang pelbagai dan harga yang berpatutan, sedikit sebanyak akan mendorong
keinginan masyarakat Islam di kawasan bandar terutamanya untuk merasai dan
mengalami sendiri bufet berbuka puasa tersebut. Tawaran berkenaan nampak
ekslusif apabila bufet berbuka puasa
ditawarkan oleh hotel bertaraf lima bintang dan restoran-restoran yang terkenal.
Maka, ramai yang tertarik dan ingin menikmati keenakan makanan yang dihidangkan
sebagai juadah istimewa semasa berbuka puasa.
Namun,
adakah anda sedar bahawa premis-premis makanan tersebut telah mendapat
pengiktirafan sijil halal daripada pihak Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau tidak? Atau sebenarnya anda tidak
kisah menjamu selera di premis-premis yang diragui kehalalannya?
Masalah
ini telah menjadi polemik pada tahun 2010 apabila pihak JAKIM telah
mengenalpasti ada hotel-hotel yang tidak berstatus halal telah menyediakan buffet
ramadhan. Impaknya disini ialah wujud kekeliruan masyarakat terhadap makanan
yang disediakan adakah ianya halal atau tidak.
Berdasarkan
laporan Berita Harian bertarikh 20 Ogos 2010, pihak JAKIM telah melakukan
pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan ‘Bufet Ramadhan’ pada 10 hari
pertama bulan Ramadhan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri. Hotel-hotel yang
terlibat adalah bertaraf 5, 4 dan 3 bintang. Hasil pemeriksaan mendapati 34
buah hotel berkenaan telah menggunakan istilah Bufet Ramadhan manakala 24 buah
hotel telah menggunakan bahan-bahan yang diragui halal.
Pada
tahun-tahun sebelum ini, isu penggunaan istilah bufet Ramadhan telah
menimbulkan kontroversi apabila diguna pakai oleh premis yang tidak diiktiraf
halal oleh pihak JAKIM yang mana istilah berkenaan telah melanggar Perintah
Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.
Mengikut
Seksyen 28 Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, adalah menjadi
satu kesalahan kepada premis-premis yang tidak berstatus halal menggunakan
istilah ‘Bufet Ramadhan’. Ini kerana ungkapan berkenaan boleh memperdaya atau
menggelirukan orang awam bahawa makanan atau perkhidmatan yang ditawarkan
adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam. Sebaliknya, istilah bufet Ramadhan
dibenarkan untuk digunakan oleh premis makanan yang telah mendapat
pengiktirafan halal daripada JAKIM.
Namun
kini istilah bufet ramadahan telah digantikan dengan istilah bufet berbuka
puasa yang nampak seperti tidak menyalahi APD 2011. Tetapi masalah yang sama
harus dinilai semula iaitu adakah makanan yang dihidangkan itu halal, tidak
halal atau shubhah (mengandungi bahan-bahan yang diragui halal). Jika dibuat penilaian yang teliti, premis-premis makanan
terbabit masih belum mendapat sijil pengiktirafan halal JAKIM.
![]() |
| Contoh iklan yang menawarkan bufet berbuka puasa. Perhatikan pada iklan ada tertera PORK-FREE. Ini mencetuskan keraguan terhadap makanan yang dihidangkan. |
Dalam konteks perbincangan ini, makanan
yang tidak halal bukan bererti hanya memakan daging khinzir atau makanan larangan
lain seperti yang dinyatakan di dalam Al-quran tetapi cara penyediaan makanan, peralatan memasak dan
aspek kebersihan (toyyib) haruslah diambil kira. Contoh yang mudah adalah seperti masakan yang
ditambah ‘wine’ (biasanya wine vinegar atau cuka arak) sebagai
penambah perisa (dalam penyediaan steak, masakan cina dan masakan Jepun) adalah
haram kerana wine/arak adalah najis. Walaupun dikatakan wine akan meruap semasa
memasak, namun secara saintifiknya residu-residu wine masih lagi tertinggal di
dalam makanan. Contoh-contoh lain adalah seperti penggunaan pinggan mangkuk
yang diperbuat daripada ‘fine bone China’ (e-fatwa.gov.my), penggunaan berus
pastri yang dikhutiri berusnya daripada bulu babi atau simpanan bahan mentah di
dalam peti sejuk beku yang bercampur dengan bahan mentah yang tidak halal.
Sebagai umat Islam, faktor pemakanan yang
halal dan toyyib harus dititik beratkan kerana daripada makanan akan terbentuk
sahsiah dan perilaku diri seorang Muslim. Kecanggihan teknologi maklumat
memudahkan kita untuk memilih premis-premis yang menawarkan makanan yang halal.
Lantaran itu, tiada alasan untuk kita tidak mengendahkannya semata-mata
mengikut nafsu lapar hingga mengenepikan hal yang lebih fardhu iaitu memakan makanan
halal.
Sewajarnya pertimbangan yang amat
teliti perlu diambil kira sebelum menikmati hidangan bufet berbuka puasa supaya
Ramadhan yang mulia tidak dicemari dengan memakan makanan yang tidak ‘bersih’ dan
puasa yang dijalani menjadi sia-sia. Ini kerana penipuan secara tersembunyi
dikhuatiri akan menyebabkan defisit kepada iman dan takwa umat Islam pada hari
ini.
Monday, 15 July 2013
Is it too ‘good’ to be true? Now, I should think so.
By: Nurul Hawa Ahmad
The head news caught my eyes as I was scrolling down my laptop’s monitor to collect some literature for my presentation. I spent several minutes to understand how yogurt has anything to do with leather shoes. I answered myself when I read this:
“The shoe scare, which alleged that leather was used to make jelly and yogurt, was never proven, but plenty of very real worries rattle China's people every time they shop at a market or eat in a restaurant. The lure of even razor-thin margins has profiteers using chemicals to make everything from eggs to pig's ears” (USA Today, 2012).
This means
China has a huge battle concerning food safety in which money-driven people
will do anything to ‘create’ everything they want without realizing they lay consumer’s
health at risk. Perhaps, consumer can be one of their family members too. So, I
put my best foot forward to comprehend those figures as below:
![]() |
Basically,
the used leatherwear was collected and processed to extract the gelatin
(cost-free I guess). This gelatin is mainly used for industrial purposes
however several irresponsible manufactures chose to intentionally insert this
gelatin in food products such as yogurt. I see now
with a little bit intention to throw out but I sat still. I
squeezed my forehead and my right eye and monologue, “How could they?” Here’s
another mesmerizing input.
Industrial gelatin is made of used leatherwear and is hazardous to human health
because it contains heavy metal, (Nanfang Daily, 2009).
Although
it is very few incident of leatherwear-yogurt has been reported in China, the
possibility of the occurrence is rather high when analyzing this formula.
Here's
the math. The price of carrageenan is twice of that for gelatin. However, to keep the same stickness of the product, jelly
makers have to use double amount of gelatin compared with carrageenan (CNC,
2012).
Personal
thought: Not blame the gelatin, blame the people. This can happen in China or
anywhere in the world including Malaysia. Allah has provides a clear guidance
to follow but human make it too complicated to understand.
Sunday, 14 July 2013
Kisah Sang Kurma (part II)
Oleh Abdul Afiq
Mohd Jaih
Bahagian ini adalah sambungan daripada bahagian 1. Anda boleh bacanya disini Kisah sang kurma (part I)
Peringkat kematangan kurma
Secara umumnya,
buah kurma mempunyai beberapa peringkat kematangan iaitu Hababouk, Kimri,
Khalal, Rutab dan Tamr. Saiz, warna, bentuk, kandungan air dan gula, dan tahap
kekeringan buah kurma pada setiap peringkat kematangan adalah berbeza yang
seterusnya menjurus kepada kelainan rasa buah tersebut. Kebiasaannya, buah
kurma yang diimport ke Malaysia adalah buah kurma kering (peringkat Tamr)
kerana ia lebih mudah untuk dikendali dan mempunyai jangka hayat yang lebih
panjang.
![]() |
| peringkat 1 |
![]() |
| peringkat 2 |
![]() |
| peringkat 3 |
![]() |
| peringkat 4 |
![]() |
| peringkat 5 |
Kurma sebagai power
bank
Kurma adalah
makanan yang paling digemari oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk berbuka puasa. Ia juga
menjadi pilihan ideal kepada sesiapa sahaja untuk berbuka puasa kerana
kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah kurma tersebut yang mempunyai
kandungan gula ringkas yang tinggi yang mampu memberi tenaga segera kepada
pemakannya. Tenaga segera ini diperlukan bagi mereka yang berpuasa setelah
tidak mengambil sebarang makanan atau minuman lebih daripada 12 jam. Selain
itu, kurma juga mengandungi gula kompleks yang mampu memberi tenaga kepada pemakannya
untuk tempoh masa yang lebih lama. Gula atau karbohidrat ini merupakan
kandungan utama dalam buah kurma dengan jumlah antara 66-89% dalam kurma
kering, dan 48-59% dalam kurma segar (atau dikenali sebagai kurma basah).
Dalam satu hadis
yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan Baihaqi:
“daripada Abu Hurairah,
Rasulullah S.A.W. bersabda; makanan terbaik untuk sahur bagi orang beriman
adalah kurma”.
Kajian
menunjukkan bahawa kandungan fruktosa dan glukosa dalam kurma (antara
33-38g/100g) adalah lebih tinggi daripada kandungan gula dalam pisang , anggur
dan tomato (Ismail et al., 2008; Lycaon et al., 2011; Beckles, 2012). Selain
itu, kajian juga mendapati jumlah tenaga yang boleh dibekalkan oleh buah kurma adalah
melebihi 3000 cal/kg, dimana ia adalah lebih tinggi daripada buah-buahan lain
seperti aprikot (520 cal/kg), pisang (970 cal/kg), dan oren (480 cal/kg) dan
makanan lain seperti nasi (1800 cal/kg), roti gandum (2295 cal/kg), dan daging
tanpa lemak (2245 cal/kg) (Zaid dan de Wat, 2002).
Sebagai gula
ringkas, kandungan gula utama iaitu fruktosa dan glukosa dalam buah kurma tidak
boleh lagi dipecahkan kepada gula yang lebih ringkas (Izydorczyk, 2005).
Sebagai monosakarida, fruktosa dan glukosa ini dengan mudah boleh digunakan dan
dihadam oleh sistem penghadaman manusia untuk penghasilan tenaga. Selain itu,
sukrosa yang terdiri daripada glukosa dan fruktosa adalah dikategorikan sebagai
disakarida. Gula ini perlu dipecahkan terlebih dahulu kepada gula ringkas
(glukosa dan fruktosa) sebelum digunakan dalam penghasilan tenaga oleh badan.
Proses penghasilan tenaga daripada sukrosa yang mangambil masa agak lama akan
memberi kelebihan kepada mereka yang memakan buah kurma kerana mereka akan
berasa kenyang dan bertenaga untuk tempoh yang lebih lama.
Penemuan hasil
kajian juga mendapati bahawa kurma mempunyai kandungan antioksida yang agak
tinggi iaitu 1871 µmol/100g berbanding
340 µmol/100g antioksida dalam aprikot, namun
lebih rendah daripada buah tin (3383 µmol/100g).
Antioksida adalah penting untuk mencegah penyakit seperti kanser dan
arterosklerosis, selain melambatkan proses penuaan sel-sel kulit pada badan.
Akhir kalam,
diharap sedikit penerangan di atas dapat memberi gambaran kepada pembaca
mengenai kelebihan dan kebaikan buah kurma bukan sahaja dibulan Ramadhan yang
penuh keberkatan ini, malah sesuai juga diamalkan dalam jadual pemakanan harian
pada bulan-bulan lain. Kelebihan dan keistimewaan buah kurma terutama kepada
orang Islam tidak dapat disangkal lagi memandangkan ia telah disebut dalam
Al-Qur’an lebih daripada 20 kali dan termasuklah dalam hadis-hadis Nabi
Muhammad S.A.W. Walau begitu, adalah dinasihatkan juga agar pembaca mengambil
makanan pada kadar yang perlu sahaja dan memperbanyakkan sumber makanan, dan
tidak terhad kepada sejenis makanan sahaja kerana makanan yang berbeza
mengandungi kandungan dan nutrisi yang berbeza, yang pastinya amat diperlukan
oleh tubuh kita untuk kekal sihat.
Sekian, terima kasih.
Kisah Sang Kurma (part I)
Oleh Abdul Afiq
Mohd Jaih
Daripada Anas:
Rasulullah berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum menunaikan solat.
Jika tidak ada kurma, baginda akan berbuka puasa dengan beberapa biji anggur.
Jika tidak ada anggur, baginda akan berbuka dengan air. (Riwayat Ahmad)
Salam Ramadhan
al-Mubarak.
Lazimnya di
Malaysia, buah kurma akan kembali mendapat perhatian apabila tibanya bulan
Ramadhan. Ini kerana terdapat beberapa hadis dan sunnah Rasulullah S.A.W. yang
mengaitkan buah kurma dan bulan Ramadhan. Namun begitu, buah kurma ini bukanlah
terhad penggunaan dan pemakanannya pada bulan Ramadhan sahaja, namun ia juga
sesuai untuk diamalkan dalam diet seharian berdasarkan kepada beberapa hadis
dan kebaikan buah ini kepada kesihatan. Artikel yang mungkin panjang ini telah
cuba saya ringkaskan seringkas mungkin tanpa mengurangkan maklumat-maklumat
penting untuk dikongsi bersama. Selamat membaca.
Jenis-jenis kurma
Tahukah anda
bahawa terdapat lebih daripada 3000 jenis buah kurma diseluruh dunia. Namun,
buah kurma yang boleh dimakan bergantung kepada spesies/pengkelasan tumbuhan
tersebut. Dalam keluarga Palmae,
terdapat banyak jenis pokok kurma, tetapi yang boleh dan selamat untuk dimakan
hanya kurma yang berasal dari spesies Phoenix
dactylifera L. sahaja.
Kurma-kurma ini
berbeza jenisnya berdasarkan kepada perbezaan ciri-ciri yang terdapat pada buah
kurma tersebut, antaranya tahap kelembutan dan kekerasan isi buah kurma, tahap
kemanisan buah kurma, warna buah, saiz buah dan tempat asal buah kurma
tersebut.
Antara
jenis-jenis kurma yang telah direkodkan adalah Khalas, Barhe, Lulu, Shikat
alkahlas, Sokkery, Bomaan, Sagay, Shishi, Maghool, Sultana, Fard, Maktoomi,
Naptit saif, Jabri, Khodary, Dabbas, Raziz, Shabebe, Shahla, Gash gaafar, Gash
habash, Bushibal, Mabseeli, Um-sellah, Shahal , Suqaey, Sukkary, Safawy, Sofry,
Anabarah, Rabeaah, Shalaby, Mabroom, Barny, Rotanah alshara, Robanah masery,
Shorcy, Bamy, Tamirraq, Bou skri, Bou-feggous ou moussa, Bou-sthammi blanche,
Bou-zeggar, Haoua, Race-lahmar, Bou-sthammi noire, Mest-ali, Jihel, Oum-N’hale,
Ahardane, Bou-cerdoun, Bou-ittob, Outoukdim, Mah-lbaid, Tadment, Admou,
Bel-hazit, Mekt, Sair layalet, Azegzao, Iklane, Bou-feggous, Bou-temda,
Aguelid, Bou-slikhene and Aissa-youb.
Daripada banyak
jenis kurma ini, sejenis kurma yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.
adalah kurma Ajwa. Di Malaysia, kurma ini dijual pada harga mencecah RM180 per
kg. Keistimewaan kurma ini diceritakan lagi dalam beberapa hadis, antaranya;
Dalam Sahih
Muslim, A’isha berkata Nabi S.A.W. bersabda, “kurma Ajwa dari ‘Aliya
mengandungi kesan pemanasan dan ini adalah penawar di waktu pagi”. Selain itu,
dalam Sahih Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W. turut bersabda, “orang yang memakan
tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, dia
tidak akan terkesan oleh racun dan sihir pada hari dia memakannya”.
Demikian mukadimah tentang kurma-kurma yang ada diserata dunia. Dalam bahagian kedua, saya akan menceritakan mengenai peringkat kematangan kurma, dan kebaikan kurma sebagai 'powerbank'..... Anda mahu tahu lebih lanjut?? tunggu ye!!!
Stay tuned!
Thursday, 4 July 2013
Alternative to Animal Testing in Cosmetics- The Thoyyiban Aspect
By: Nina Naquiah Ahmad Nizar
In
the Quran, the Thoyyiban aspect is emphasised on the essential
quality of object, food, effort, earning, art, human being and every other
aspects. The state of Thoyyiban is attained by natural relation of
good environmental and societal systems whereby its correlation results in a
harmonious parallel existence. Muslims in general know from the Quran that Thoyyiban is not only about food, but covers
more. It constitutes of ethics too.
In the application of cosmetics, it
is sensible to unfold the theory of ethics to be used together with Thoyyiban dogma. Ethics are proposed to explain life principles that are
competent of directing humankind towards a truthful moral act and to reflect on
the moral systems devised by human. It has a practical concern and it is put
together by the aspiration to unite deeds and knowledge, by means of applying
this knowledge to do judgements’ of certain things accordingly and perhaps,
showing the interaction between inner reflection and exterior action. The
awareness of and ability to react carefully to the basic interdependence among
all forms of life on the planet defines eco-ethical consciousness (Rebecca
& Jeff, 2005).
What is animal testing?
Scientists use animals for many different purposes. Animal experimentation is appropriate
to describe animal use in testing of consumer products, drugs and food. This
includes testing eye shadow,
lipstick, contact lens solution and shampoo (Vaughan,
2000). Animal testing revolves
around the use of animals in experiments and development projects
usually to determine toxicity, dosing and efficacy of test drugs before
proceeding to human clinical trials. However, controversies arise
when some people believe that animal testing is unnecessary, a poor scientific
practice, and never an absolute representation of results in humans, as it involves
animals getting injured, having to live through pain, and sometimes being
left to suffer or die.
From hadith, it is clear that
Allah despises animal cruelty. We were thought to act humane to animals
too.
عن شداد
بن اوس ثنتان حفظتهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ان الله كتب الاحسان
على كل شيء فاذا قتلتم فاحسنوا القتلة واذا ذبحتم فاحسنوا الذبح وليحد احدكم شفرته
فليرح ذبيحته (حديث رواه المسلم)
Shaddid
b. Aus said: Two are the things which I remember Allah's Messenger (peace be
upon him) having said: Verily Allah has enjoined goodness to everything; so
when you kill, kill in a good way and when you slaughter, slaughter in a good
way. So every one of you should sharpen his knife, and let the slaughtered
animal die comfortably. [Sahih Muslim]
Rabbits, particularly albino rabbits, for example, are
commonly used in testing for cosmetics and other chemicals. The main test
conducted is the Draize test, which assesses drug toxicity by dropping a
substance in the rabbit’s eyes or on their skin, which are then observed for
redness, irritation or any other damage. This is said to be a very painful test
and the rabbits are usually killed after it is completed (Hariati Azizan, 2010).
However, there are majority of researchers whom
understand and work within legal obligations regarding animal testing.
Considering the concerns of public nowadays, investigators pursue the ‘three
Rs’ of modern research, namely ‘a replacement of animals in research, which
follows on from an active development of alternatives; a reduction in the
numbers of animals used in experiments; and a refinement of laboratory and
field techniques to reduce invasiveness and/or to increase the value of the
results’ (Vaughan, 2000).
Having said; cosmetic products should be against
animal cruelty and manufacturers should practice ethics in product testing.
Many NGO’s such as British Union for the Abolition of Vivisection (BUAV) and Leaping Bunny under Humane
Cosmetics Standard (HCS) and the Humane Household Products Standard (HHPS) have created awareness on cosmetic
product safety. The heart of the issue revolves on minimizing or eliminating
cruelty to animals during scientific research. This resulted in global
recognition of no animal testing for cosmetic products. The climax is when the
7th Amendment of the
EU Cosmetic Directives officially includes the provision of animal testing ban
for its member states.
So, are
there any alternatives to animal testing? Masson et al. highlighted since tests
on animals are unacceptable anymore for cosmetic companies, other alternatives
have become available and accepted. Several options include tests run on human
volunteers and tests run on different material than human beings to establish
cosmetic efficacy based on physical, chemical, biochemical and biological data.
Saaf Pure Skincare products are claimed to be tested
only on human volunteers. This may comprise self evaluations by consumers or
‘in-use tests’ in assessing the acceptance and effectiveness of a product on
the targeted consumers, cosmetically trained volunteers and also studies with a
well trained experimenter (with or without instrumental methods) or experts
(for instance, dermatologists and estheticians to evaluate efficacy of cosmetic
products on human beings by means of visual, tactile or olfactory).
The
SimplySiti products are tested through human testimonials and by SimplySiti’s
definition and standard, this means that every potential product are each tested
on repeatedly until positive result is shown. Since some ingredients in make-up
may cause allergies in some cosmetics users, the lab is very careful in its
choice of ingredients. Those who are prone to acne may especially appreciate
make-up range that is mild and comfortable on skin, which are meant for
problematic or even the most acne skin. Tests are conducted on human
volunteers to ensure that the makeup does not clog pores or trigger blemishes.
Along the same lines, those with sensitive eyes and skin may be pleased to know
that all SimplySiti products for use on the sensitive areas like the eye area
for example are safe and thus making them suitable even for contact lens
wearers.
Another method is to test on different material than
human beings (non- human tests). Studies that cannot be performed ethically on
human volunteers can be done in this manner leading to constructive and
relevant information, avoiding complains on pain, stress or other negative
aspects. L’Oréal has made a
significant contribution in discoveries and researches into animal testing
alternatives. The company has pioneered the research and development of
artificially grown human skin for use in skin irritancy tests called EpiSkin.
Now, The Body Shop is using this revolutionary approach to testing wherever
possible.
In another research of an ongoing ToxDrop project by
Dr. Beatrice Schaak, “cell-on-a-chip” technology is developed. This is hoped to
replace animals in toxicity screening. The chip holds dots of human cell
cultures and enzymes, which imitate human reactions to potentially toxic
compounds and charts reactions over time. In Kroto Research Institute,
Sheffield, exploitation on tissue engineering allows the development of a 3D
skin model which could be used to replace animals in tests for skin corrosivity
and phototoxicity.
The
cosmetic science research area has grown since 1998, especially between 2002
and 2004, funded by the Science Research Investment Fund (SRIF). This
facilitated the acquisition of a range of bio-engineering equipment, enabling
the measurement of skin hydration, skin pH values, sebum level, trans-epidermal
water loss, skin elasticity and skin colour, as well as the visualization of
skin topography. In addition, the polarizing microscope, rheometer and texture
analyser provided an insight into the structure and properties of various
product forms used in cosmetics and toiletries (Danka Tamburic, 2006).
For the
important claim of moisturization, Corneometer® (Courage & Khasaka,
Germany) and Moisturemeter® measure the impedance on the surface of the skin.
Skin firmness such as elasticity, tonicity and tissue cohesion, on the other
hand, can be measured by using Cutometer®, Twistometer® or Ballistometer®.
Chromametry namely Chromameter® (Minolta) or Mexameter® (Courage & Khasaka)
are used to find out the skin tone. Flexabrasion® (Croda International, Plc,
UK) gives more realistic values of the hair strength and surface quality (Karl
Lintner 2009).
Therefore, eco-ethical can be viewed as free from
animal cruelty, caring for the environment, not harming one’s body that is
integrated in the quality and safety aspects, and fulfilling corporate social
responsibility among others. Providing animal testing alternatives has become
timely and crucial. The concept of halal cosmetics embraces an eco-ethical
philosophy which rests well with modern and conservative Muslims worldwide.
Subscribe to:
Posts (Atom)














